Monday, June 21, 2010

Hypotension/Low blood pressure

Baru2 ni aku jumpa doktor sebab aku selalu sangat pening kepala, pandangan aku rasa cam kabur (double vision) dan beberapa kali hampir pengsan/blank. kalau tiba2 berdiri/duduk pun tak boleh, berdiri lama sangat pun tak boleh..

So aku pun check la blood pressure (BP) ngan dokte..
February: 110/70 (normal)
Jun : 90/60 (low, tapi tak la tahap kronik)

so aku google la internet pasal hypotension ni..
secara ringkasnya, BP ni ialah tekanan darah pada dinding arteri yang mengepam darah ke jantung..sesetengah orang memang dia Low BP sepanjang masa, tp ade orang Low BP sebab keadaan tertentu.

1. orthostatic hypotension - kalau berasa pening/cam nak pitam semasa bangun nak berdiri dari keadaan duduk/baring. ataupun banyak kali mengubah kedudukan, cth: berdiri dan duduk berulang kali.

2. neurally mediated hypotension - berasa pening/pitam selepas berdiri lama. rasa pening/pengsan/sakit perut ataupun mengalami situasi yang cemas dan menakutkan.

3. severe hypotension linked to shock - 'shock' ni kalo kita tangok kamus maknanya terkejut kan. tapi dari segi medical term, maksudnye ialah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah menjadi terlalu rendah sehinggakan organ dalaman badan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.
cth keadaan: kehilangan darah yang banyak, allergic reaction, infection, poisoning.

Apa punca Low BP?

Antaranya:

1. Dehidrasi
2. Pengambilan ubat yang boleh menyebabkan low BP
3. Masalah pada sistem saraf. Cthnya: bila kita berdiri lama, darah akan lebih terkumpul pada bahagian bawah kaki. jadi tekanan darah akan rendah/menurun. tapi sistem saraf ni tersilap lalu memberi mesej pada otak yang tekanan darah adalah tinggi/naik. lalu otak akan memperlahankan kadar nadi yang akan menyebabkan tekanan darah makin menurun.

Apa yang perlu dilakukan?

Duduk atau baring sebentar sehingga semua simptom2 tersebut hilang.
Semasa baring, pastikan kedudukan kaki lebih tinggi dari jantung.
Elakkan menyilang kaki semasa duduk.
Bangun atau duduk dengan perlahan-lahan.
Minum banyak air.
Banyakkan makanan bergaram. ( tp jgn byk2 sgt nnt High BP plak)
kalo rasa cam nak pitam, duduk dan letakkan kepala antara lutut.
Elakkan keadaan yang cemas dan menakutkan.
Sentiasa membuat pemeriksaan BP


setakat ni dokte cuma bekalkan aku ngan ubat (aku tak tau ubat ape ni), tapi dia cakap kalau rasa pening/nak pitam/blank/ blurr vision, makan jela ubat ni. Low BP ni tak la membahayakan, tapi kalo dah rendah sgt tekanan darah tu memang boleh membahayakan nyawa..

Ramai orang cakap kena banyakkan makan kerang ngan makan hati, tapi dah banyak pun aku makan, lauk feveret tu, tp rasanya xde la ape2 perubahan pon..


Wednesday, June 16, 2010

kereta manual vs kereta auto

rasanya dah setahun gak la aku dapat lesen P tu dan ini bermakna setahun gak la aku tak bawak kereta manual. bukan senang nak cari kereta manual kat area KL selangor ni sebenarnya, lenguh kaki sebab jammed yang melampau.

tapi baru2 ni abang aku mintak aku hantar dia ke klia n tolong bawakkan balik kereta dia sekali. aku ingatkan kereta auto, rupanya dia guna kereta satu lagi, manual plak tuh,huhu... oleh kerana dia cakap pun last minute, so aku pun terpaksala menjadi "driver terjun" jap walaupun dalam hati aku cam agak ragu2 lagi ngan kemampuan aku nak bawak kereta manual nie.. sedangkan tak bawak seminggu pun leh gelabah, ini kan pulak setahun?

time gi klia tu opkos la abang aku yang drive. disebabkan dia dah lambat giler n takut kapal terbang tu tinggalkan dia, boleh plak dia main parking je depan airport tu tanpa pesan apa2.. nasib baik la dia ingat gak nak bagi aku 50rgt wat isi minyak.. kalo tak memang aku tolak kereta dia KLIA-Puchong.

bila abang aku dah gelabah n berlari dengan pantasnya ke airport tuh, tinggallah aku ngan kereta dia tengah2 jalan tu. tak tau la kenapa time tu aku agak lembab n blurr sket + gelabah tengok polis tengah saman kereta depan aku.. time tu jugak la aku boleh lupa camne nak masuk gear. dekat 5 minit jugak la aku terkedu kejap dalam kereta tu. yang kelakarnya polis tu cam paham je keadaan aku time tu, dia cam saja lambat2 je saman kereta depan, kalo tak dah lama aku kena saman.

abes terkedu tu baru aku ingat balik camne nak bawak kereta manual tu. antara kesengalan yang telah aku lakukan semasa memandu:

1. dah masuk gear tapi lupa angkat clutch (memangla kete tak jalan)
2. enjin mati tengah jalan (2 kali)
3. bawak pada kelajuan 40km sejam (skema cam blaja memandu dulu)
4. setiap kali traffic light mesti berdoa agar lampu tak merah lagi.
5. sesat jalan sebab terlalu fokus pada gear
6. nak masuk signal tapi tertekan wiper (gelabah paling ketara)

tapi tu kesengalan pada 15 minit pertama je, lepas dah biasa je ngan kereta tu terus kelajuan bertukar ke 100km sejam, muahaha..

teringat plak time blaja memandu time dulu2.. macam2 cikgu aku jumpa.. cikgu memandu aku bukan seorang, dekat 5 orang.. macam2 ragam..

1st: paling tua + paling miang

kalo kat luar orang panggil pak haji, tapi... boleh plak kan dia mengusap2 paha aku time aku tengah bawak kereta. aku terkejut ar, kalo ikut hati aku bagi je pelempang sekeping. tapi berdasarkan logik akal dan keadaan sekeliling, aku terpaksa tepis dan diamkan je. dah la time tu tengah jalan kat kebun/hutan mana tah. aku takut gak kalo aku cuba melempang dia plak yang akan bertindak luar jangka nanti. ermm takot2... nasib baikla takde berlaku ape2 pastu n aku pun belajar separuh jalan je ngan dia..

2nd: cukup sihat + cukup tido

cikgu aku yang ni ok je, tapi disebabkan saiz dia yang oversize + saiz aku yang over gak, jadi korang pikir sendiri la keadaannya dalam kereta kancil yang comel tu. dah macam nak meletup kereta tu... haha... tapi dia memang sempoi sampai boleh plak dia tido time aku tengah bawak keta. agak2 la kan, aku tak dapat lesen lagi ni,hehehe..

3rd: garang + menakutkan

rupanya cikgu aku sorang ni bekas pengawal khas perdana menteri malaysia (PM mana aku tak ingat dah). so memang aku kena train ala2 askar la (padahal blaja keta je). misai dia je dah cukup menakutkan, haha

4th: muda + bujang

erm ni bukannye mengajar, tapi nak bercinta. tengok gaya cam nak ngorat aku je.. adeii... tapi nasib dia ok, takdela cuba wat adegan2 yang boleh membuatkan kasut aku masuk dalam mulut dia.

akhirnya aku lulus gak belajar memandu...




Saturday, June 5, 2010

smokers read diz!!!

Tiba-tiba hari nie rasa macam nak bercerita pasal rokok pulak.. oleh kerana aku tak pernah merokok, tak pernah pun teringin nak merokok so aku pun juz surf any info dalam internet yang mungkin berguna buat kita semua.

Bahan utama dalam rokok ini adalah tembakau (cakap cam mengajar budak 5 tahun pulak kan), tembakau tu rasanya banyak kat negeri Kelantan kut? Nak tanam tembakau ni pun banyak bahan kimia yang digunakan. Bila tembakau ni dah dipetik, daun dia akan dikeringkan , diproses dan beberapa bahan kimia lain dimasukkan bagi membolehkan rokok terus menyala.

Lebih kurang 4000 bahan kimia ada dalam sebatang rokok nie. Tak larat la nak list semua kan jadi aku focus pada beberapa bahan kimia yang utama je ok.

CARCINOGENIC - Fungsi utamanya ialah menyebabkan KANSER! Biasanya kanser peparu, perut, larinks dsb.

FAKTA MENARIK – TRY KUNYAH DAN TELAN SEKOTAK ROKOK TU KONFEM KORANG MATI.

CARBON MONOXIDE – kat ekzos keta korang
NICOTINE – bug sprays
TAR – yang kat jalan raya tue
ARSENIC – racun tikus
AMMONIA – cleaning product
HYDROGEN CYANIDE – racun
CYANIDE – racun
ACETONE – nail polish remover (ape BM nye ak xtau)
BUTANE – cecair dalam lighter tu
FORMALDEHYDE – bahan yang digunakan untuk simpan mayat?
SULFURIC ACID – bateri keta
CADMIUM – utk cas bateri
FREON – bahan perosak lapisan ozon
MALTITOL – pemanis makanan yang diharamkan di US

Bila korang hisap rokok, carbon monoxide dalam rokok tu akan masuk ke saluran darah dan mengurangkan amaun oksigen yang akan pergi ke jantung. Bahan kimi lain yang ada dalam rokok tu pulak akan membantu menyempitkan saluran darah (arteri) tu. Bila saluran darah dah sempit, kurang oksigen pulak tu, jantung korang terpaksa bekerja keras untuk membawa darah tu, jadi blood pressure korang akan terus naik (check blood pressure tak ni?).

Bila jantung tak terima cukup oksigen, jantung tu akan berhenti berfungsi dan (perlu ke aku cakap ape lagi yang akan jadi pastu)...

Cakap banyak pun tak guna kan, sebab semua perokok tau ape akibat merokok.. tapi masalahnye korang tak boleh nak berhenti sebab? ADDICTED TO CIGARETTES... kalo korang isap rokok lebih 5 batang sehari, korang dikira ADDICTED.

Perokok akan jadi addicted sebab bahan nikotin yang terdapat dalam rokok tu. Nikotin ni sejenis bahan perangsang (stimulant). Nikotin ni akan meningkatkan kadar nadi dan tekanan darah so sebab tu la korang akan rasa cam segar dan bertenaga semula kalo dapat rokok ni... jadi bila korang slow2 berhenti merokok korang akan mula rasa cam nak marah, kurang sabar dan gemuruh.

Banyak lagi nak citer pasal rokok ni.. tunggu la kalo aku rajin aku tulis lagi..huk2

Monday, May 31, 2010

CITA CITA SAYA

cam tajuk karangan dak darjah 5 plak kan.. cuma ni versi dewasa la.. aku juz nak share ape cita2 aku sejak kecik sampai sekarang.. yang sentiasa berubah2 ikut peredaran masa.. time kecik2, aku tak pernah pikir pun nak jadi ape, bila cikgu tanya ape cita2 aku, aku jawab nak jadi dokte, nak jadi cikgu (jawapan standard).

aku ni xla belaja pandai sangat, so konfem la xleh jadi dokte kan.. so mak aku kata jadi la cikgu, senang nanti cikgu balik tengahari je, orang nak jaga anak kamu pun senang (kata2 mak aku).. n kebetulan plak time tu memang jurusan pendidikan ni hot la, sebab keje tersedia, konfem dapat keje.. susah giler nak masuk kos pendidikan.. oleh kerana aku tak tau nak pilih bidang ape, aku ikut je kata2 lecturer matrix aku dlu, amik sains sukan cam dia.. padahal aku nie takde la bersukan pon? minat pun x seberapa..tapi boleh plak lulus interview n menghabiskan 4 tahun degree pendidikan (sains sukan)..

selama 4 tahun tu, minat pada sains sukan tu timbul la gak kan.. pas degree je aku trus sambung master dalam sains sukan. ramai yang pelik nape aku tak apply jadi cikgu? bukan ke cita2 aku dulu ialah menjadi seorang guru? jawapannya ialah manusia sentiasa berubah.. time skolah dulu aku ingat jadi cikgu ni bes giler dah.. tapi bila dah time degree aku rasa jadi lecturer lagi bes kot? so tu yang sambung master.. lagipun ini juga sebagai memenuhi kehendak parent aku yang nak sangat at least sorang anak dia sambung master..

bila dah sambung master ni, baru aku sedar yang jadi lecturer ni pun tak la bes mana, keje perah otak tu.. memang la gaji agak masyuk kan, tapi kadang2 aku cam penat berfikir, otak cam jammed sket.. kadang2 aku terpikir, boleh tak aku wat satu keje yang tak memeningkan kepala otak aku, tapi at the same time aku dapat duit cam gaji lecturer tiap2 bulan..

aku taknak wat MLM atau ape2 je yang sewaktu dengannya.. aku tak suka.. walaupun abah aku cuma mempengaruhi aku untuk join ads4bucks dia tapi aku tetap tak mau.. hahaha..

tapi bila aku start join wat part time untuk team photography time konvokesyen ni, baru aku sedar yang rupa2nya aku ade passion dalam bidang fotografi ni n aku tau bidang ni memang ade potensi yang sangat besar. tapi kenapa baru sekarang aku sedar sume ni ek? aku cam rasa seronok dapat belajar suatu skill yang baru, belajar benda yang tak wat aku boring..

kadang2 ada gak terpikir cam nak lompat bidang, bukan aku tak suka bidang aku sekarang, aku suka, cuma passion tu kurang sket.. aku pun tak pasti sejak bila aku minat ngan bidang design n photography ni, tapi ape yang aku tau aku tak boring wat benda ni, n aku tak kisah spend time lama2 wat benda yang aku suka..

NTAHLA.. AKU DAH TAKLEH BERFIKIR..

Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

erm hari ni baru kuar result peksa perkhidmatan awam gred 41.. pagi2 lagi aku gi check tapi tak kuar lagi, tengahari aku check pun lum lagi.. isk akhirnya kul 6 petang aku check baru kuar.. dari 4 position aku apply cuma 1 je lulus iaitu pegawai siasatan, yang lagi 3 sume gagal,uhuk..

takpela, better one than nothing kan, so aku tengah terpikir2 ni ape agaknye yang bakal ditanya time interview nanti? layak ke aku ni nak jadi pegawai siasatan? ermmm...

Monday, May 17, 2010

menghadapi jantan2 miang

cam siut je tajuk post kali ni kan.. tapi ni la hakikatnye..time aku tengah tulis post utk blog aku yg satu lagi.. aku chat la ngan dua org mamat nih.. sorang ni ok, cm bersopan santun la gak.. tapi mamat lagi sorang ni memang wat aku hangin satu badan!!
gatal nak mampus, ape dia ingat aku ni slut ke,huhuhu..

mula2 chat tu ok la lagi.. dia tanya nama sape, duk mana, blaja mn ade bf ke x..pastu tanya suke perfume ape.. pastu tanya ader webcam ke tak.. aku jawab ade tapi takmau bukak.. (aku tgh muke sememeh ngan baju kelawar ni, takkan nak webcam kut?).

tu kre takpe la lagi.. pastu boleh plak mamat ni cakap " i stim la u". aku dah bengang time tu, aku smash dia balik, aku cakap "ello, sy x layan benda2 cmni k". pastu dia mintak no fon aku plak.. aku tak bagi, pastu dia bg no fon dia, jgn harapla aku nak amik!!

pastu dia tnyala aku makan ape n aku jawab la roti telur.. bese la jantan kalo dah otak lucah kan, aku dah tak sanggup nak cerita kat sini, aku rasa korang pun tau ape akan dia cakap pastu kan..pastu aku marah la dia, aku cakap kalo dia start lagi cakap benda2 bukan2 camtu aku nak block dia.. pastu dia cakap suruh aku stay kat masjid plak.. pergh memang takde bakat utk dijadikan suami langsung jantan nih.

last2 aku cakap "ok fine!! awak cari jela ppn yang bleh layan STIM awk tu!

aku salah ke dia yang tak patut??

Sunday, May 16, 2010

keputusan peperiksaan gred 41

esok keputusan peperiksaan gred 41 akan diumumkan, takotnye!!! tak tau la aku akan lulus ke tak peksa ni, kalo tak lulus nampak sangat pengetahuan am aku sangat teruk.. yela mana tak teruknya, sampaikan soalan world cup tahun 2010 akan diadakan kat mana pun aku tak reti jawab, terpaksa tengok jawapan budak sebelah (budak lelaki, mesti dia tau kan). aku jawab afrika selatan, betul la kan,hahaha..

esok kalau aku bangun awal boleh la check result jap sebelum gi keje, tu pun kalo line tak busy, dah la line internet aku tengah slow sebab dah exceed volume quota. malam ni doa la banyak2 semoga aku lulus, teringin rasanya nak bergelar PTD atau pegawai siasatan SPRM,hik2..