So aku pun check la blood pressure (BP) ngan dokte..
February: 110/70 (normal)
Jun : 90/60 (low, tapi tak la tahap kronik)
so aku google la internet pasal hypotension ni..
secara ringkasnya, BP ni ialah tekanan darah pada dinding arteri yang mengepam darah ke jantung..sesetengah orang memang dia Low BP sepanjang masa, tp ade orang Low BP sebab keadaan tertentu.
1. orthostatic hypotension - kalau berasa pening/cam nak pitam semasa bangun nak berdiri dari keadaan duduk/baring. ataupun banyak kali mengubah kedudukan, cth: berdiri dan duduk berulang kali.
2. neurally mediated hypotension - berasa pening/pitam selepas berdiri lama. rasa pening/pengsan/sakit perut ataupun mengalami situasi yang cemas dan menakutkan.
3. severe hypotension linked to shock - 'shock' ni kalo kita tangok kamus maknanya terkejut kan. tapi dari segi medical term, maksudnye ialah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah menjadi terlalu rendah sehinggakan organ dalaman badan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.
cth keadaan: kehilangan darah yang banyak, allergic reaction, infection, poisoning.
Apa punca Low BP?
Antaranya:
1. Dehidrasi
2. Pengambilan ubat yang boleh menyebabkan low BP
3. Masalah pada sistem saraf. Cthnya: bila kita berdiri lama, darah akan lebih terkumpul pada bahagian bawah kaki. jadi tekanan darah akan rendah/menurun. tapi sistem saraf ni tersilap lalu memberi mesej pada otak yang tekanan darah adalah tinggi/naik. lalu otak akan memperlahankan kadar nadi yang akan menyebabkan tekanan darah makin menurun.
Apa yang perlu dilakukan?
Duduk atau baring sebentar sehingga semua simptom2 tersebut hilang.
Semasa baring, pastikan kedudukan kaki lebih tinggi dari jantung.
Elakkan menyilang kaki semasa duduk.
Bangun atau duduk dengan perlahan-lahan.
Minum banyak air.
Banyakkan makanan bergaram. ( tp jgn byk2 sgt nnt High BP plak)
kalo rasa cam nak pitam, duduk dan letakkan kepala antara lutut.
Elakkan keadaan yang cemas dan menakutkan.
Sentiasa membuat pemeriksaan BP
setakat ni dokte cuma bekalkan aku ngan ubat (aku tak tau ubat ape ni), tapi dia cakap kalau rasa pening/nak pitam/blank/ blurr vision, makan jela ubat ni. Low BP ni tak la membahayakan, tapi kalo dah rendah sgt tekanan darah tu memang boleh membahayakan nyawa..
Ramai orang cakap kena banyakkan makan kerang ngan makan hati, tapi dah banyak pun aku makan, lauk feveret tu, tp rasanya xde la ape2 perubahan pon..
No comments:
Post a Comment