tapi baru2 ni abang aku mintak aku hantar dia ke klia n tolong bawakkan balik kereta dia sekali. aku ingatkan kereta auto, rupanya dia guna kereta satu lagi, manual plak tuh,huhu... oleh kerana dia cakap pun last minute, so aku pun terpaksala menjadi "driver terjun" jap walaupun dalam hati aku cam agak ragu2 lagi ngan kemampuan aku nak bawak kereta manual nie.. sedangkan tak bawak seminggu pun leh gelabah, ini kan pulak setahun?
time gi klia tu opkos la abang aku yang drive. disebabkan dia dah lambat giler n takut kapal terbang tu tinggalkan dia, boleh plak dia main parking je depan airport tu tanpa pesan apa2.. nasib baik la dia ingat gak nak bagi aku 50rgt wat isi minyak.. kalo tak memang aku tolak kereta dia KLIA-Puchong.
bila abang aku dah gelabah n berlari dengan pantasnya ke airport tuh, tinggallah aku ngan kereta dia tengah2 jalan tu. tak tau la kenapa time tu aku agak lembab n blurr sket + gelabah tengok polis tengah saman kereta depan aku.. time tu jugak la aku boleh lupa camne nak masuk gear. dekat 5 minit jugak la aku terkedu kejap dalam kereta tu. yang kelakarnya polis tu cam paham je keadaan aku time tu, dia cam saja lambat2 je saman kereta depan, kalo tak dah lama aku kena saman.
abes terkedu tu baru aku ingat balik camne nak bawak kereta manual tu. antara kesengalan yang telah aku lakukan semasa memandu:
1. dah masuk gear tapi lupa angkat clutch (memangla kete tak jalan)
2. enjin mati tengah jalan (2 kali)
3. bawak pada kelajuan 40km sejam (skema cam blaja memandu dulu)
4. setiap kali traffic light mesti berdoa agar lampu tak merah lagi.
5. sesat jalan sebab terlalu fokus pada gear
6. nak masuk signal tapi tertekan wiper (gelabah paling ketara)
tapi tu kesengalan pada 15 minit pertama je, lepas dah biasa je ngan kereta tu terus kelajuan bertukar ke 100km sejam, muahaha..
teringat plak time blaja memandu time dulu2.. macam2 cikgu aku jumpa.. cikgu memandu aku bukan seorang, dekat 5 orang.. macam2 ragam..
1st: paling tua + paling miang
kalo kat luar orang panggil pak haji, tapi... boleh plak kan dia mengusap2 paha aku time aku tengah bawak kereta. aku terkejut ar, kalo ikut hati aku bagi je pelempang sekeping. tapi berdasarkan logik akal dan keadaan sekeliling, aku terpaksa tepis dan diamkan je. dah la time tu tengah jalan kat kebun/hutan mana tah. aku takut gak kalo aku cuba melempang dia plak yang akan bertindak luar jangka nanti. ermm takot2... nasib baikla takde berlaku ape2 pastu n aku pun belajar separuh jalan je ngan dia..
2nd: cukup sihat + cukup tido
cikgu aku yang ni ok je, tapi disebabkan saiz dia yang oversize + saiz aku yang over gak, jadi korang pikir sendiri la keadaannya dalam kereta kancil yang comel tu. dah macam nak meletup kereta tu... haha... tapi dia memang sempoi sampai boleh plak dia tido time aku tengah bawak keta. agak2 la kan, aku tak dapat lesen lagi ni,hehehe..
3rd: garang + menakutkan
rupanya cikgu aku sorang ni bekas pengawal khas perdana menteri malaysia (PM mana aku tak ingat dah). so memang aku kena train ala2 askar la (padahal blaja keta je). misai dia je dah cukup menakutkan, haha
4th: muda + bujang
erm ni bukannye mengajar, tapi nak bercinta. tengok gaya cam nak ngorat aku je.. adeii... tapi nasib dia ok, takdela cuba wat adegan2 yang boleh membuatkan kasut aku masuk dalam mulut dia.
akhirnya aku lulus gak belajar memandu...
No comments:
Post a Comment