Saturday, June 5, 2010

smokers read diz!!!

Tiba-tiba hari nie rasa macam nak bercerita pasal rokok pulak.. oleh kerana aku tak pernah merokok, tak pernah pun teringin nak merokok so aku pun juz surf any info dalam internet yang mungkin berguna buat kita semua.

Bahan utama dalam rokok ini adalah tembakau (cakap cam mengajar budak 5 tahun pulak kan), tembakau tu rasanya banyak kat negeri Kelantan kut? Nak tanam tembakau ni pun banyak bahan kimia yang digunakan. Bila tembakau ni dah dipetik, daun dia akan dikeringkan , diproses dan beberapa bahan kimia lain dimasukkan bagi membolehkan rokok terus menyala.

Lebih kurang 4000 bahan kimia ada dalam sebatang rokok nie. Tak larat la nak list semua kan jadi aku focus pada beberapa bahan kimia yang utama je ok.

CARCINOGENIC - Fungsi utamanya ialah menyebabkan KANSER! Biasanya kanser peparu, perut, larinks dsb.

FAKTA MENARIK – TRY KUNYAH DAN TELAN SEKOTAK ROKOK TU KONFEM KORANG MATI.

CARBON MONOXIDE – kat ekzos keta korang
NICOTINE – bug sprays
TAR – yang kat jalan raya tue
ARSENIC – racun tikus
AMMONIA – cleaning product
HYDROGEN CYANIDE – racun
CYANIDE – racun
ACETONE – nail polish remover (ape BM nye ak xtau)
BUTANE – cecair dalam lighter tu
FORMALDEHYDE – bahan yang digunakan untuk simpan mayat?
SULFURIC ACID – bateri keta
CADMIUM – utk cas bateri
FREON – bahan perosak lapisan ozon
MALTITOL – pemanis makanan yang diharamkan di US

Bila korang hisap rokok, carbon monoxide dalam rokok tu akan masuk ke saluran darah dan mengurangkan amaun oksigen yang akan pergi ke jantung. Bahan kimi lain yang ada dalam rokok tu pulak akan membantu menyempitkan saluran darah (arteri) tu. Bila saluran darah dah sempit, kurang oksigen pulak tu, jantung korang terpaksa bekerja keras untuk membawa darah tu, jadi blood pressure korang akan terus naik (check blood pressure tak ni?).

Bila jantung tak terima cukup oksigen, jantung tu akan berhenti berfungsi dan (perlu ke aku cakap ape lagi yang akan jadi pastu)...

Cakap banyak pun tak guna kan, sebab semua perokok tau ape akibat merokok.. tapi masalahnye korang tak boleh nak berhenti sebab? ADDICTED TO CIGARETTES... kalo korang isap rokok lebih 5 batang sehari, korang dikira ADDICTED.

Perokok akan jadi addicted sebab bahan nikotin yang terdapat dalam rokok tu. Nikotin ni sejenis bahan perangsang (stimulant). Nikotin ni akan meningkatkan kadar nadi dan tekanan darah so sebab tu la korang akan rasa cam segar dan bertenaga semula kalo dapat rokok ni... jadi bila korang slow2 berhenti merokok korang akan mula rasa cam nak marah, kurang sabar dan gemuruh.

Banyak lagi nak citer pasal rokok ni.. tunggu la kalo aku rajin aku tulis lagi..huk2

No comments:

Post a Comment