cam tajuk karangan dak darjah 5 plak kan.. cuma ni versi dewasa la.. aku juz nak share ape cita2 aku sejak kecik sampai sekarang.. yang sentiasa berubah2 ikut peredaran masa.. time kecik2, aku tak pernah pikir pun nak jadi ape, bila cikgu tanya ape cita2 aku, aku jawab nak jadi dokte, nak jadi cikgu (jawapan standard).
aku ni xla belaja pandai sangat, so konfem la xleh jadi dokte kan.. so mak aku kata jadi la cikgu, senang nanti cikgu balik tengahari je, orang nak jaga anak kamu pun senang (kata2 mak aku).. n kebetulan plak time tu memang jurusan pendidikan ni hot la, sebab keje tersedia, konfem dapat keje.. susah giler nak masuk kos pendidikan.. oleh kerana aku tak tau nak pilih bidang ape, aku ikut je kata2 lecturer matrix aku dlu, amik sains sukan cam dia.. padahal aku nie takde la bersukan pon? minat pun x seberapa..tapi boleh plak lulus interview n menghabiskan 4 tahun degree pendidikan (sains sukan)..
selama 4 tahun tu, minat pada sains sukan tu timbul la gak kan.. pas degree je aku trus sambung master dalam sains sukan. ramai yang pelik nape aku tak apply jadi cikgu? bukan ke cita2 aku dulu ialah menjadi seorang guru? jawapannya ialah manusia sentiasa berubah.. time skolah dulu aku ingat jadi cikgu ni bes giler dah.. tapi bila dah time degree aku rasa jadi lecturer lagi bes kot? so tu yang sambung master.. lagipun ini juga sebagai memenuhi kehendak parent aku yang nak sangat at least sorang anak dia sambung master..
bila dah sambung master ni, baru aku sedar yang jadi lecturer ni pun tak la bes mana, keje perah otak tu.. memang la gaji agak masyuk kan, tapi kadang2 aku cam penat berfikir, otak cam jammed sket.. kadang2 aku terpikir, boleh tak aku wat satu keje yang tak memeningkan kepala otak aku, tapi at the same time aku dapat duit cam gaji lecturer tiap2 bulan..
aku taknak wat MLM atau ape2 je yang sewaktu dengannya.. aku tak suka.. walaupun abah aku cuma mempengaruhi aku untuk join ads4bucks dia tapi aku tetap tak mau.. hahaha..
tapi bila aku start join wat part time untuk team photography time konvokesyen ni, baru aku sedar yang rupa2nya aku ade passion dalam bidang fotografi ni n aku tau bidang ni memang ade potensi yang sangat besar. tapi kenapa baru sekarang aku sedar sume ni ek? aku cam rasa seronok dapat belajar suatu skill yang baru, belajar benda yang tak wat aku boring..
kadang2 ada gak terpikir cam nak lompat bidang, bukan aku tak suka bidang aku sekarang, aku suka, cuma passion tu kurang sket.. aku pun tak pasti sejak bila aku minat ngan bidang design n photography ni, tapi ape yang aku tau aku tak boring wat benda ni, n aku tak kisah spend time lama2 wat benda yang aku suka..
NTAHLA.. AKU DAH TAKLEH BERFIKIR..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment